Tercengang

08/06/10 | Tulisan

Kongsi: 

Haizam ke Port Dickson pada pagi itu bagi menghadiri kursus pengurusan masjid. Hari Jumaat, dalam perjalanannya, ia singgah di sebuah masjid kawasan perkampungan dan ini adalah pertama kali singgah di situ. Jam pukul 11.30 pagi, Haizam terus rehat-rehatkan diri di sudut musafir di masjid tersebut. Haizam bersifat peramah, ia pandai berbual terutama dengan para ustaz di masjidnya, mereka yang alim seperti Pak Imam dan lain-lain, berjam-jam lamanya ia mampu, malah ia pandai menceriakan suasana di setiap kali di perbualan-perbualan tersebut. Setelah puas merehatkan diri, Haizam mengemaskan dirinya pula untuk bersolat Jumaat di masjid. Haizam mengenakan jubah hitam yang telah disiapkan oleh orang rumahnya di perjalanan ini. Di kesempatan masa yang ada sebelum masuk waktu solat, Tuan Imam masjid menyampaikan tazkirah kepada para jemaah yang hadir awal. Haizam tahu penyampai tazkirah tersebut sebagai imam masjid kerana ia membaca carta pegawai di papan kenyataan semasa tiba di masjid tadi. Haizam yang sememang suka mendengar ceramah mengambil peluang kesempatan itu. Majlis seterus berjalan lancar seperti lazimnya, tajuk khutbah ialah “Perpaduan Ummah”. Di dalam kesibukan urusan perjalanan berkursus, hajatnya bagi melaksana ibadah Jumaat tercapai, suasana di situ seperti di masjidnya, Haizam terus bersyukur ke hadirat Ilahi. Memandangkan masa pendaftaran kursus masih panjang dan destinasi sudah hampir, Haizam bangun dan duduk bersebelahan Tuan Imam seperti kebiasaannya untuk berbual. Belum sempat mulakan perbualan, tiba-tiba seorang orang tua berbangsa cina berada di luar berenda masjid, berdiri sambil memanggil Tuan Imam: Apek: “Haji! abislah itu lawai sudah lobohlah, sudah banyak lali utan oh, banyak lugi, lu mali tolonglah.” Imam: “okey sikalang gua mali.” Ditinggal Haizam di situ oleh Tuan Imam tersebut tanpa sepatah kata, tercengang ia, lalu ditanyanya kepada salah seorang jemaah yang duduk berhampiran dengannya. Haizam: “Assalamualaikum, abang tumpang tanya, Tuan Imam tergesa-gesa mengikut apek itu ke mana ya?” Jemaah: “Mualaikumusalam. Apek itu menyewa tanah Pak Haji untuk menternak khinzir, agaknya pagar roboh, dan minta tengok untuk di baiki, dahulu pernah berlaku macam itu sekali.” Haizam tercengang dan terkejut beruk dia hari itu. HaizamOLEK 08062010

Kongsi: