Salam سالم

09/11/09 | Tulisan

Kongsi: 

Bertuah kawang-kawang kerana kita ne orang islam. Kita punyai nikmat Islam dan iman. Kedua-dua nikmat ne boleh membawa kita mengenal PENCIPTA. Kerana ini, Allah SWT memuliakan kita dengan SalamNYA, iaitu salah satu namaNYA dari yang sembilan puluh sembilan tu... Kita digalak memberi salam sesama kita. Malah salam itu merupakan kunci sanjungan, keikhlasan, pesaudaraan, kemesraan dan berbagai-bagai lagi yang boleh mengelakkan dari sangkaan yang tidak baik diantara kita. Tapi yang sedihnya, ramai dikalangan kita tidak tahu memuliakan salam tersebut... Di tebarnya kepada bukan Islam. Ramai yang tak mengaji ne. Pakai hukum akal jer kot. Kita harus ingat, orang bukan islam tidak layak dimuliakan dengan SALAM. Haizang bukanlah pula minta supaya mereka dicela, tapi memuliakan yang bukan islam ini ada cara mereka, seperti hallo, good apeng-apeng dan berbagai le... Baginda Rasul saw apabila, orang bukan islam memberi salam kepadanya, dijawab beliau hanya dengan menyebut "mualaikom" sahaja. Sedangkan orang-orang islam akan dimuliakan oleh mereka apabila kita masuk agama mereka, ikut cara mereka dan macam-macamlah. Tengok simurtad, dapat duit... serta dimuliakan oleh mereka. Ramai yang belum sedar kot... Kawang-kawang ne, sejak dulu-dulu macam tu, bagi subsidi, dijualnya, bagi lesen berniaga di ali babakan, la ne kemulian SALAM pulak dijaja...di lelongnya...

Kongsi: