Berkata mereka

Mengapa puisi? Adakah kerana seni atau kerana sastera?

Ah mungkin ramai yang tak kisah. Seni luas dan dalam. Sekiranya kita mengejar erti seni melalui takrifannya kita mungkin akan menyimpang dari niat asal seni itu sendiri; menjadi pseudo-intelektualis yang hilang dalam mainan falsafahnya sendiri.

Jika puisi itu seni, maka ia akan berpaut pada adab-adab seni, yakni suatu bentuk peluahan (expression). Jika ianya sastera, maka ia akan terikat dengan aturan-aturan linguistik, yakni suatu bentuk penulisan. Memandangkan medium utama puisi adalah kata-kata, maka pada bahasa – ianya adalah apa yang (ingin) diperkatakan dalam gubahan dan penggunaan kata.

Tidak dinafikan dalam kalangan remaja Malaysia, terdapat mereka yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan betul berkumunikasi sesama, seperti di SMS, di Whatasp dan lain2, yang boleh menyebabkan ramai kalangan kita “mengutip” contoh bahasa yang tidak baik dan tidak betul. Bila berlakunya penggunaan bahasa yang tidak elok dan tidak tepat, boleh membawa kesukaran untuk difahami ayat-ayat bahasa, ianya juga boleh mencemarkan keindahan bahasa kita.

Kita khuatir Bahasa Melayu boleh bertukar menjadi bahasa pijin (pidgin) dan kreol (creole) bukan sahaja disebabkan oleh kehadiran pelbagai warga asing dalam Malaysia tetapi juga kerana amalan berbahasa dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri, terutamanya remaja, yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan amalan yang merosakkan bahasa.

Penutur dan pengguna jati Bahasa Melayu harus mengambil perhatian dalam penggunaan bahasa sendiri apabila berkomunikasi sesama di negara. Gunakanlah Bahasa Melayu dengan betul agar sentiasa memberi contoh bahasa yang baik dan betul. Penguatkuasaan Bahasa Melayu yang betul pada papan tanda dan poster juga harus diberi perhatian serius oleh majikan, sekolah, jabatan kerajaan, dan DBP.