Mengenal...

27/10/09 | Tulisan

Kongsi: 

Tak kenal tak cinta... Kita ne banyak belajar mengenal, mengenal benda, mengenal huruf dan macam-macam. Kat kolej belajar mengenal ilmu, berbagai ilmu dan bidang boleh dipelajari, sehinggakan kita yakin dengan kehidupan setelah berilmu dan mengenalnya. Ilmu menyatakan semua kehidupan ini bersebab, berserta ilmu dan dengan usaha sendiri banyak kejayaan boleh tercapai oleh kita, lulus periksa, naik pangkat, duit banyak, bisnes maju dan macam-macam ler. Bertuah kita bila berjaya, baik pulak tingkah laku dan ramai yang kenal, mana-mana pergi ramai yang menegur. Pendek kata orang yang tak berilmu boleh dikatakan kalangan orang yang paling tak erti, entah nak sebut pun takut tersinggung. Sebenarnya berilmu ini untuk kita belajar mengenal MAHA PENCIPTA. Ramai dikalangan kita yang bijak pandai yang   mengenal ilmu dunia tapi jahil mengenal Tuhannya. Sebagai contuh, masjid yang dikatakan sebagai rumah ALLAH, tapi jamaah tak ramai yang berkunjung kesana kalau ada pun Jumaat dan solat raya jer.  Masih ramai yang tidak mengenali Tuhannya. ALLAH sayang mahluknya yang sentiasa berkunjung ke rumah NYA setiap waktu. Dalam kehidupan harian kita, jika kita kenal sesaorang, kita jatuh suka dan selalu berkawan. Minum bersama, makan bersama, pendek kata sentiasa bersama ibarat aur dengan tebing. Bila berjauhan terasa rindunya. Bayangkan jika kita mengenal ALLAH rindu dan sayangNYA amat besar... Kenal mengenal keperluan sesama kita. Kita perlu berusaha, usaha tangga kejayaan dan kita mesti ingat, semua perkara tidak lepas dari ketentuan ILLAHI

Kongsi: