Kita Dan Rukun Islam

24/03/11 | Tulisan

Kongsi: 

Kita semestinya sedar bahawa Rukun Islam merupakan suatu perkara yang besar dan amat penting yang mesti dilaksanakan bagi setiap seseorang Islam.

5 rukun Islam:
i. Mengucap 2 kalimah syahadah.
ii. Solat 5 waktu
iii. Berpuasa di bulan Ramadan
iv.  Membayar zakat
v.   Menunaikan Ibadah Haji Di Baitullah.

Ramai di kalangan kita ambil mudah mengenai rukun Islam ini, sehinggakan sudah ada di kalangan kita yang mengabaikannya.

Kita juga harus sedar sejak kebelakangan ini, ramai umat Islam terjebak gejala dadah, juara pusat Serenti, juara membuang bayi, juara berpesta, juara rempit dan berbagai lagi gejala negatif menyerang umat Islam, terutama di kalangan remaja.

Gejala ini amat digeruni di takuti ramai para kalangan ibu bapa. Mengapa ianya terjadi?

Percayalah rata-rata mereka yang ditimpa gejala itu, adalah akibat serta padah kerana meninggalkan, malah ada yang mengabaikan rukun Islam yang difardukan itu. Kita harus sedar kita diciptakan untuk apa?

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada Ku. (Az-Zariyat: 56)

Cara yang mudah beribadah ialah berkunjung ke musala atau surau yang berhampiran. Hampir seluruh taman, desa dan tempat kediaman ada disediakan musala oleh pihak berkuasa di negara. Malah diadakan pembesar suara menjemput dengan gema azan di setiap masuk waktu bersolat.

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum Yang tidak berakal.

(al-Ma’idah: 58)

i. Mengucap 2 kalimah syahadah.

Kalimah syahadah ialah ungkapan janji kita sebagai khalifah di muka bumi, menjelaskan kebenaran keEsa-an Allah sebagai yang disembah, dan Nabi Muhammad adalah sebagai Rasul Allah (pesuruh Allah);

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Kita dijadikan oleh Maha Suci Pencipta dan semestinya kita perlu sedar bahawa diri kita tidak akan terlepas dari ketentuan Nya. Dan sentiasa beribadah mengharap serta mengikut pesanan baginda Rasulullah serta memohon pelindungan dari Ilahi.

ii. Solat 5 waktu

Setiap insan Islam diwajibkan mendirikan solat 5 waktu sehari. Solat itu sepatutnya mencegah seseorang itu daripada melakukan kemungkaran;

Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)

Pelaksanaan ibadah solat juga berkait rapat dengan keikhlasan dan khusyuk bagi setiap kita.

iii. Berpuasa Di Bulan Ramadan

Setiap insan Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan. Berpuasa itu boleh mendorong seseorang itu bertakwa yakni menyerah diri kepada Ilahi;

Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." (Al-Baqarah:183)

iv. Membayar zakat

Sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang maksudnya; “Lindungi harta kamu dengan zakat, ubati sakit-mu dengan sedekah, dan hadapi gelombang hidup dengan tawaduk kepada Allah dan doa,“ (HR al-Baihaqi)

Maksud yang boleh diamati daripada hadis di atas adalah mudah, untuk memastikan harta selamat, maka sedekahkan harta itu. Zakat juga adalah sedekah, iaitu sedekah yang wajib. Dalam erti kata lain, sikap enggan berzakat dan bersedekah, adalah punca kebinasaan harta.

v. Menunaikan Ibadah Haji Di Baitullah

Ibadat Haji difardukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan untuk menjadi tetamu Allah.

Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang dari segenap ceruk penjuru atau pelosok yang jauh (seluruh dunia)". Al-Hajj-27

Pendek kata, perintah dan seruan menunaikan haji tidak dikhaskan untuk golongan tertentu sahaja. Sebaliknya seluruh umat manusia. Namun menunaikannya menjadi wajib bagi mereka yang berkuasa yakni berupaya melakukan ibadah haji sama ada secara sendiri atau melalui pertolongan orang lain.

Kongsi: