Transgender dan Kita

29/11/14 | Tulisan

Kongsi: 

Transgender Dan Kita HaizamOLEK

Apakah yang dimaksudkan dengan Transgender. Transgender ialah lelaki yang berperilaku menyerupai wanita, atau pun wanita yang berperilaku menyerupai lelaki. Kita dikejutkan dengan kes yang berkaitan dengannya, yang dibawa ke mahkamah dan berupaya membatalkan peruntukan undang- undang syariah (perundangan Islam), seolah- olah suatu penghinaan terhadap masyarakat Islam di negara. Firman Alah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan Nya (akan keadaan & amalan kamu). Al-Hujurat : 13. Di sisi Allah SWT kita ini semuanya sama, bukan dinilai kerana tinggi atau rendah darjat, bukan dinilai kerana jantina, kedudukan, pangkat, kekayaan, bangsa, bahasa, akan tetapi setiap kita dinilai pada ketakwaan kita kepada Allah SWT. Ramai kalangan kita yang suka membantah perintah -perintah Allah SWT umpamanya Iblis dan syaitan. Usahlah kita ikut jejak langkahnya Iblis dan Syaitan, yang nyata sebagai musuh kita. Islam memandang serius perkara ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya, aku (syaitan) akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan- angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacati binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang- binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. An-Nisa : 119. Sesungguhnya mengubah ciptaan Allah SWT adalah dilarang sama sekali. Kita seharusnya sedar bahawa semua nikmat yang ada pada diri kita adalah kurniaan Allah SWT dan sewajarnya setiap kita menjadi orang yang mentaati Perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan Nya. Sabda baginda nabi saw yang bermaksud:“Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita. HR Ahmad. Abdullah ibnu Abas ra. menerangkan bahawa: “Rasulullah saw. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” HR Al- Bukhari. Sepakat para ulama dan para ilmuwan mengatakan haram hukumnya untuk setiap kita berusaha menyerupai jantina yang berbeza dengan asalnya kita, baik dalam bentuk perilaku, penampilan, pakaian mahu pun perhiasan. Larangan ini termasuk kanak- kanak lelaki dan perempuan yang belum baligh, di mana haram hukumnya bagi ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu berusaha menyerupakan mereka dengan jantina yang berbeza dengan asalnya mereka. Namun perserupaan ini ada pengecualiannya yang berdasar dalil syariat yang dibenarkan dalam Islam, seperti pemakaian cincin. Kita orang lelaki dibenarkan memakai cincin, walau pun cincin merupakan aksesori pakaian wanita. Baginda nabi saw tidak melarang kita sebagai orang lelaki untuk memakai cincin, malah pemakaian cincin merupakan sunnah baginda saw yang digalakkan setiap kita orang lelaki memakainya. Anas bin Malik ra. menerangkan: “Bahawasanya Nabi saw. cincinnya diperbuat daripada perak dan mata cincinnya daripada (perak) juga.” HR Al-Bukhari. Pemakaian cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah saw. Dan Ianya ada syaratnya; disenaraikan ringkasannya: Baginda suka memakai cincin. Hadis daripada Anas bin Malek: “Adalah cincin Nabi saw. dipakai pada tangan ini (dan dia menunjukkan kepada kelengkeng jari kiri).” HR Muslim Nabi Muhammad saw. menasihati Sayidina Ali sesudah beliau bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, kalau memakai cincin pakailah pada jari manis atau jari kelengkeng (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata: ”Rasulullah saw. telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu). ” HR Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Nasai. Nabi Muhammad saw. melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah SWT iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut as. Apakah hikmah di sebalik larangan menyerupai lain jantina ini. Allah SWT mencipta lelaki dan wanita yang masing- masing punyai sifat fizikal dan tanggung jawab yang berbeza, wanita dengan sifat fizikal dan tugasnya, begitu juga lelaki dengan sifat fizikal dan tugasnya, dan setiap kita tidak boleh lari daripada fikrah ini. Semuanya akan di tanya di akhirat nanti. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bukankah dia (manusia) berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan.” Al-Qiyamah : 37-39. Kita harus faham bahawa gejala transgender ini menjurus kepada budaya songsang, penyimpangan seksual dan gulungan mereka ini telah muncul di zaman umat Nabi Lut dahulu di Kota Sodom. Fenomena ini suatu sejarah yang amat jelik dan buruk, yang mengingkari perintah Allah SWT. Ianya di ceritakan di dalam Al-Quran, umat berbudaya songsang yang di laknati Allah SWT. Diceritakan juga seluruh mereka ini di benamkan ke dalam bumi di Laut Mati. Seolah- olah umat ini muncul semula di era kini, lebih malangnya umat ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku umat Islam, malah yang terlibat dalam urusan pembatalan undang- undang Syariah Islam, adalah kalangan mereka yang pakar perundangan, yang juga mereka mengaku sebagai umat Islam.

21 November 2014

Kongsi: