2 Parti

02/05/18 | Tulisan

Kongsi: 

Suatu pandangan buat shahabat Di pilihanraya kali ini tiba2 ramai pula yang risau, apa akan terjadi kepada nasib Islam, bila parti itu menang, atau parti yang lain itu menang. Kita tidak nafikan bahawa BN telah banyak membangunkan Islam di negara, masjid2, pusat2 pengajian Islam dan berbagai lagi. Namun sejak akhir2 ini ramai pemimpin2 BN sikap mereka mengkecewakan kita, rasa ramai yang tahu. Walau bagaimana pun kerisauan kita ini, kita tak perlulah tulis atau kita kongsikan sesuatu dalam bentuk fitnah kehadap sesuatu parti. Tulislah atau kongsilah sesuatu yang jelas kebenaranya. Kita boleh rujuk dan kita lihat nasib Islam di Singapura, di Penang, di Selangor, di Amerika dan di negara2 Eropah, mereka berkembang maju dalam di tadbir oleh apa2 atau mana2 parti pun di negara mereka. Di Amerika dan beberapa buah negara di Eropah, seperti di German, Di UK di Perancis dan lain2, mereka melaksanakan 2 parti, penggal ini parti itu dan penggal berikutnya parti lagi satu, amat menguntung kepada jelata di sana. Kita sewajarnya memberi peluang kepada PH kali ini cuba dan rasa, juga sementara itu BN perlu diajar kepada kekalahan agar mereka boleh berubah.

Kongsi: