Apa Nak Buat

30/03/19 | Kita Orang

Kongsi: 

 

Apa nak buat
HaizamOLEK
27032019

Bila ada tak suka
apa nak buat
larang
pujuk ikut
biarkan dek berbeza.

Bila ada tak suka
kuat mahu paksa
lemah mahu pujuk
cerdik rasa berbeza.

Bila ada tak suka
elok jadi buruk
cantik jadi hodoh
baik jadi sangka.

Bila ada tak suka
ingat Maha Pencipta
baik jadi panduan
tak baik jadi sempadan
agama jadi sampaian
semua Ciptaan Dia.
 

Kongsi: