Pecah-pecah Terbiar

28/07/10 | Kita Meniti

Kongsi: 

Berdendang lagu pulang ke kampung
nyaman permai dan damai
laman diayun seikat lidi-lidi di bersih
dek menyambut yang pulang
semarak ukhuwah terus di situ.

Apalah bala ribut taufan melanda
angin bertiup kencang
melayang jemuran hilang terbiar
bersusun terpesong
bersengketa nakhoda-nakhoda
dai di jaja dan dilaga-laga
diambang merana terbiar terjual.

Keringat selamat tapi runcing menabur bara
seporak-peranda sebangsa seagama
ada yang berpakat membela tapi difitnah
dihasut di sorak di media di pentas-pentas
teruji para dai membara kebencian
sengsara bangsa ku
menanti ranap kampung itu
nantikan kenduri si serigala hutan.

Bersabar dek karenah bersatu
sebut-sebutnya semakin parah
siram-siram basahi bara
berderai tercerailah kebencian
bukan perpecahan dipinta
mengharap masing-masing membela
bukan mencaci, bukan memfitnah sesama
agar kampung terus permai dan damai.

Membela kerana agama
Ikhlas dek Maha Pencipta
Tuhan bersama mereka yang beriman
Yang sentiasa mengharap Ilahi.

HaizamOLEK
18027072010

Kongsi: