Bahasa

08/08/18 | Kita Meniti

Kongsi: 

Bahasa
HaizamOLEK
08082018

Berbahasa takut tak erti
berfaham tak gaya mereka 
bertempur soal bangsa
bertanda soal agama.

Bangsa asing ada cadangan
bersiap kertas kerja
bermohon kelulusan
bermerah-marah kita
berkasih pemimpin bangsa
berbenci sesama kita.

Apa mana cadangan bangsa
atur hukum berpadakah
asyik menghina puaskah
alim mencaci seronokkah
asal diikuti pungut derma.

Dulu semasa kecil
di dendang tak tipu
bukan mereka
hari ini di dendang
tak tipu bukan kita.

Payahkah nak buat
susahkah nak ikut
cara perdana menteri
kita yang ke dua.

Kongsi: