Sapu-sapu

11/07/19 | Kita Berbeza

Kongsi: 

 

Sapu-sapu
HaizamOLEK
11072019

Larat-larat nasihat
jadi sebatang lidi
diangkat suci mulia
menunjuk ayat-ayat suci
mengajar dan pelajar
bukan seberkas lidi-lidi
diikat penyapu sampah.

Tergamak muliakah
satu belantara
bila musala kita orang
dipenuhi sampah 
tak sudi penyapu
tak mulia mengutip
hina membersih
tak mahu pegang 
lidi-lidi penyapu.

Nasihat-nasihat
agak-agak berkata
entah iras penyapu
entah tangan menyapu.

Kongsi: