Roboh

01/03/14 | Kita Berbeza

Kongsi: 

Berdiri seiring
kuasa berganding
sesama penting
gagah setanding.

Rebah sokong
mengharap tiang
berpasir kering
sekeras simen.

Harap berkunjung
berdamai riang
rupanya berdesing
menghina melenting.

Usah diharap
sesama serap
rebah derap
fikiran korup.

Cita-cita sila
sokong tiada
sukanya berbeza
malah pandangan juga.

HaizamOLEK
01032014.

Kongsi: