Harap Pakat-pakat

08/07/18 | Coretan Rasa

Kongsi: 

Mesra-mesra ramah
usah marah-marah.

Hidup buat kerja
bukan banyak mencela.

Sampai walau sepotong
usah jadi sombong.

Baik-baik sangka
semua ketentuan belaka.

Tolong-tolong kerja
usah cari salah saja.

Hidup ada berguna
usah-usah serba tak guna.

Saling bantu membantu
usah ada jadi hantu.

Biasakan banyak menyumbang
bukan banyak sembang.

Banyak-banyak kerja
malu usah banyak gila.

Banyak-banyak reka cipta
malu banyak reka cerita.

Jika mahu minta
usah curi suka.

Kongsi: