Cerita Dalam Mimpi

17/06/20 | Coretan Rasa

Kongsi: 

 

Cerita Dalam Mimpi
HaizamOLEK
15062020

Oh!
ada perubahan
selalu ada nasi goreng sahaja
hari ini tambah mee goreng lagi.

Aku ingin tinjau sahaja
tapi aku di suruh singgah
aku ingin segelas air sejuk
di tekak
tapi aku dijamu
hilang derita seluruh jasad
dahaga dan kelaparan.

Tika itu
masuk waktu bertemu
aku ingin berjemaah diteratak
entah aku dimuliakan
aku diharap
jadi imam di pertemuan.

Oh!
aku ingin bertemu
di alam nyata
tapi aku bermimpi 
ketemu...
Rabiatul Adawiyah.

Kongsi: