Ummatan washatan اٴمة وسطا

15/11/09 | Tulisan

Kongsi: 

Kawang-kawang ne kalau boleh kita puji, pujilah ia, tapi kalau tak boleh puji jangan pulak di caci. Tak suka tu kan lebih baik kita diam... Haizang ramai kawang; ada yang tak rajin, ada yang rajin biasa dan ada yang yang rajin gila, nak jumpa pun payah, siang kerja  dan malam pun kerja. Kalau balik rumah untuk tidur ajer... Kita kena ingat hidup ne kita kena bahagikan masa kita; ada waktu kerja, ada waktu rehat, ada waktu ke masjid... Umat manusia dengan tuhannya, ada tiga gulungan:

  1. Gulungan yang tidak mahu belajar dan tidak mahu memahami isi KitabNYA, mereka sentiasa ingkar terhadap Rasul Pesuruh Allah dan syariatNYA.
  2. Gulungan  yang mahu belajar dan boleh memahami isi KitabNYA, tapi mereka ingkar terhadap Rasul Pesuruh Allah dan syariatNYA.
  3. Gulungan yang mahu belajar dan terus memahami isi KitabNYA, mereka taat akan Rasul Pesuruh Allah dan syariatNYA.

Tiga gulungan kawang;

  1. Kawang yang sentiasa tidak menyokong kita, baik didepan kita, mahu pun di belakang kita.
  2. Kawang-kawang yang bermuka-muka, didepan kita huh... punyer ler baik. Dibelakang kita... porah. pee ler
  3. Kawang yang sentiasa bersama kita, susah senang, selalu memberi sokongan, baik didepan kita mahu pun di belakang kita.

Umat manusia beragama ada 3 gulungan:

  1. Gulungan yang baca, dengar dan faham akan agamanya, tapi tak diikuti malah dipinda diubah mengikut akalnya dan ada yang di tentangnya.
  2. Gulungan yang baca, dengar dan faham agamanya, tapi diikutinya dengan keterlaluan. Ketaatannya mengila-gila,
  3. Gulungan yang baca, dengar dan faham serta taat terhadap agamanya, ikut apa yang perintahkan, taat akan Rasullulah dan mengesakan Allah.

Kawang-kawang nak pilih yang mana? Bagi Haizang ini merupakan kehormatan bagi umat Islam, kita perlu hadir sebagai ummatan washatan (umat pertengahan), ummat moderat. Umat yang adil dan pertengahan, anti terhadap semua sikap ekstrem dan tindakan yang melampaui batas.

Kongsi: