Randah Bangsa

30/09/18 | Sajen

Kongsi: 

Randah Bangsa
HaizamOLEK
29092018

Berombak air muka
berserak kelikir jalanan.

Tebal tampil wajah
jernih percikan bersih
karakter hero sedih
licik berbau selisih
liang berseni goyah.

Berkuak-kuak ligan
silap dipetik kebenaran
benar dipetik kesalahan 
segan kejadian tertelan.

Terampil berkerak-kerak
bersalut-salut dedak
besar-besar makin kecut
randah punggah angkut.

Lama tenggelam di jalanan
hari ini timbul di Port Dickson.
 

Kongsi: