Peluh Bau Bacang

14/07/19 | Sajen

Kongsi: 

 

Peluh Bau Bacang
HaizamOLEK
12072019

Sinar ditengah hari
angkat-angkat bahu
iras-iras tak tahu
ribut segan mahu
suka sepoi bayu
daya mata duitan
asal poket tak kira
tak kisah berparti mana
di akal suci paparan
dimulut kecam dibenci
suka cangkul suka
beri terus ambil
berdebuk jatuh ke bulan.

Berat dapat-dapat
bekas-bekas di tangan
derma-derma berlidah
bermuka-muka produk
sebangsa buta sebangsa
seagama berkayu tiga
alang-alang buat duit
bersinar terbuka mata.

Bawa-bawa berlenggang
peluh bau bacang
ramai panas berbahang
besar kecil beraduk silang
tak nampak di hari siang.
 

Kongsi: