Pejam
26/11/18 | Sajen

Pejam
HaizamOLEK
26112018
Beri-beri sembunyi
pejam-pejam nurani
afdal-afdal hati
kanan ikhlas beri
kiri tak tahu
tak tahu
tak tahu.
Hampir-hampir ikhlas
jauh-jauh riak
elak-elak rosak
pejam-pejam ingatan
buat tak tahu
buat tak tahu.
Sia-sia terlaksana
dek mahu pujian
bangga pemurah
dek keikhlasan
megah pahala
dek ganjaran
pejam-pejam deria.