Kucil

22/10/18 | Sajen

Kongsi: 

 

Kucil
HaizamOLEK
22102018

Kucil-kucil bapa
picit-picit berkisar
kecil-kecil menyisih
mengucil buang durjana 
hanyut memencil ke sungai.

Keluar lubang dalam
di biar hanyut deras
gugur kebal keramat
tersungkur tercabut tanjak
dibela suku sakat
gelap mahligai kerabat.

Terpecat perbuatan lalu
tersingkir komuniti tamadun
terasing laluan jelata
nanti-nanti bicara
tunggu-tunggu penjara
entah dirampas segala.
 

Kongsi: