Harapan Meminta

12/10/18 | Sajen

Kongsi: 

Harapan Meminta
HaizamOLEK
10102018

Ada diri bersaing 
kudrat tarah setanding
beraksi gaya sederhana
agak-agak berbicara.

Madah bagai berpuisi
menang bersopan minta
sejuk dimata jelata
ikhlas sedaya raga
redha Maha Pencipta.

Ulang-ulang sampaikan
ada lagak mendengar
ada angguk faham
kecewa ke lubuk lama.

Mulia terus mulia
suci terus suci
ada jalan ada
masing-masing bercara
dicincang tak putus-putus.

Kongsi: