Di Pasar

19/09/18 | Sajen

Kongsi: 

Di Pasar
HaizamOLEK
17092018

Bawa hati ke pasar
sa ikan sa daging sa sayur
bawa raga sa agak
belanja duit sa saku.

Pilih-pilih itu bayar
tika itu sudah habis
hati itu nak lagi
raga itu sudah penuh.

Sejak suka ke pasar
sejak raga penuh
sejak tetap balik
sejak datang lagi
entah sampai mati.

Ada nak barang
biar habis duit
ada nak duit
biar habis barang
di pasar melayan
berbeza pandangan.
 

Kongsi: