Celup

15/09/20 | Sajen

Kongsi: 

Celup
HaizamOLEK
15092020

Sedak di alun cakap
berkanta lihat model
entah tak suka dek beza
atau deria tepu buta.

Takat celur bergaya
jauh panggang tulen
berbiji gaya tiruan
bau belacan asli
bersalut bersadur nyata
celup-celup lebih
hujah cekup skrip.

Rupa sahaja bagus
beri tak pernah kecapi
kutip belum berhenti
bukan kata menyampai
dihukum dihina yang lebih
hari ini nak pukul mati.

Kongsi: