Kosong 6 Kali
04/05/20 | Kita Sedih

Kosong 6 kali
HaizamOLEK
02052020
Bila kosong dah lama
datanglah rindu isinya
6 kali tersimpan koma
meraung tiada suara
meminta tiada deria
membisu orang berkuasa.
4 angka di berita di isi
deria rindu didengari
si kosong 6 bila lagi
hati buta tutup simpati
pejuang-pejuang sudah mati?
Oh...
dulu setiap Jumaat penuh
dah 6 kali diam senyap jenuh
kelu bisu umpama terpanah
harap pejuang entah terpunah
sudah 6 kali macam nak tambah.
Kosong 6 kali
pejuang tak ambil peduli
leka di rumah pangkat di rai
bisu pejuang dikenang ke mati.