Cik Ti Bersarang Lagi
10/03/20 | Kita Sedih

Cik Ti Bersarang lagi
HaizamOLEK
10032020
Hidu jejak pelan
berbau laluan
berbau sarang
licik-licik taburan
payah-payah kelihatan
alami pedih dalam
terluka cerca tinggalan.
Entah bernafsu menang
laluan dan sarang
bermula Swettenhem
tak terhidu orang
dek wajah mulia dan
laksamana sang suci
kurang adab laknat agama.
Kelmarin lagi ulang
laluan dan sarang
dek lewat terhidu serang
tersungkur janji kesetiaan
khianat-khianat kawan
khianat-khianat jelata
biadap adab melupai agama.
Hari ini lagi sekali
lakar-lakar versi
bejat-bejat kaburi
jelas perit deria ini
terdedah terhidu legasi
laluan makin lebar
sarang makin luas
busuk seluruh kediaman
diam-diam atur serang.
Ramai boleh sedar
cik ti tak khianat kawan
tapi khianat jelata sahaja.