Usahlah Di Cerita Lagi

06/04/14 | Kita Orang

Kongsi: 

Sempurna-kah beragama
gempita kelmarin
indah bermusim
entah kerana Penghulu
entah kerana fulus
entah menunjuk hebat.

Sempurna-kah beragama
dengan menuntun TV
sekejap mengajak agama
sekejap mengajak lara.

Sempurna-kah beragama
sekadar rupa berpakaian
duduk memuji ramai
disiar ditunjuk merata
disambut bermusim-musim.

Sempurna-kah beragama
dengan mendengar ceramah
hari-hari di musala taman
tanpa mengajak jiran.

Sempurna-kah beragama
dengan tidak beramal
dengan tidak berilmu
dengan tidak belajar
usia semakin senja
menyanyi di kilauan emas.

HaizamOLEK
08042014.

Kongsi: