Minda Wabak Candu
11/05/20 | Kita Orang

Minda Wabak Candu
HaizamOLEK
09052020
Tapak dilanda wabak
wabak candu seni
seni wabak risau
seni buat diam
seni bukan khayal
mampu terpaku minda.
Hilang satu, satu
seni antara bangsa
seni pemimpin
seni agama
seni fakta
engeh kelabu minda.
Sudah bulan ke 3
kerja hilang pekerjaan
berniaga hilang perniagaan
jemaah tak benar ke masjid
Jumaat dah hilang 7
Juara bertukar tangan
kalah jadi juara
juara jadi kalah.
Laksamana diam membisu
bersujud bersyukur
di pintu belakang
alunan bacaan doa
amin pak turut syahdu
menarik di sukai ramai
minda bersirat pinga.