Kuorum

17/03/14 | Kita Orang

Kongsi: 

Kenal bersatu agama
kuat bersatu bangsa
di pisah berbeza parti.

Celaru tiada berparti
sukar bicara suara
jerih duduk di kuorum
pendapat dicantas segera
dibalas kata menyerang
dihentam peribadi diri.

Hiba miliki dek hati
ikhlas kerana Ilahi
ditentang dek peribadi
disanggah dek berparti.

Apalah erti hidup
dalam kuorum kini
hadap semua parti
tapi hilang
agama suci.

HaizamOLEK
17032014

Kongsi: