Cakap-cakap

27/06/18 | Kita Orang

Kongsi: 

 

Cakap-cakap melata
mudah dilupa minda
terlebih pada kata
terbanyak pada minta
tabiat tak malu muka
temu boleh selamba
layan mesra berjumpa
minta-minta derma.

Cakap-cakap agama
bergaya hebat gempita
bersih menyalut badan
tapi
trampil kelihatan rupa
bak berbaju sekolah
paras berpaku belah
jasad bertopeng kalah.

Cakap-cakap lebai
niaga-niaga besar
untung tak kisah
rugi-rugi sahaja
bukan tak pandai
pasrah tentu takdir
buang masa sahaja
sembang-sembang 
usah cuba merlawan mereka.

Cakap-cakap putar
dewa-dewa suci
taat-taat hebat
ahli-ahli terjamin
benar-benar segala
bertingkat amal-amalan
dabit-dabit mulia
rehat hentinya
bawa tabung derma.

Cakap-cakap suka
kuat-kuat belit buana
kuat lagi belit pak lebai..

Kongsi: