Warga
07/12/09 | Kita Meniti

Rangkaian penggiat di terminal siber lagi
ada juara ada beginner ada si warga
desiran kekunci menerpa processor
cekera berputar melayan si bangsat.
Ajar kata juara memori semangat
data ligat minda CPU reben laluan
belajar kata beginner
aku dah lanjut alasan si warga
masyarakat berilmu penyayang mesti dikota.
Si senyap penuh karyawan
bisu lagak bodoh selamba tetikus hitam
rajin tanyalah ia
ajarnya bagus sekali
mengalah si sifu di depan sana.
Si putus cinta flash gila
karya panjang prosa kata mereka
penat cungap tapi dia bangga
kalah di persada persaingan cinta
otak si mogel peluang terbuka.
Sebaris dua tak apa
asal buat dan mencuba.
Warga dan seangkatan bodoh nyata
komputer pad usang
sedar dahaga ilmu tertanya tanya
bantulah tolonglah
warga dah minat kerana kalian semua
terima kasih
terima kasih
terima kasih.