Kenal Hakiki
20/11/18 | Kita Meniti

Kenal Hakiki
HaizamOLEK
20112018
Rahmat
Maha Pencipta
Pencipta dan ciptaan
kenal dan mengenali
terang dalam bercahaya
tenggelam dalam lautan
bertuah dikenali jasad
walau sehama zarah.
Di 1400
tahun lebih berlalu
lahir seorang manusia
pernah berkata
kenal dengan Tuhan
berpesan jadilah insan
insan mengenal
insan mengabdi
Maha Pencipta.
Hari ini hidup
pasti menemui mati
malang di kehidupan
tak kenal Maha Pencipta
kerana
di alam mati nanti
semua insan mengharapkan Nya.