Duit

03/07/18 | Kita Meniti

Kongsi: 

Duit
HaizamOLEK
02072018

Duit tetap duit
sama ada beza
jarak tetap ada
kita punya
atau orang punya
atau amanah diri
usah digelap mata.

Bila cari
halal rezeki sahaja
pasti mesti segala
tolak terpalit haram
walau seberat zarah.

Sendiri punya
boleh belanja
simpan, sedekah
buat belanja buana
buat bekal ke sana.

Orang punya
jadi amanah
ikhlas kita
usah di curi
buat kekayaan diri.

Tak baik
tetap tak baik
usah bertopeng
demi bangsa
demi agama.

Kongsi: