Ubah

03/07/18 | Kita Berbeza

Kongsi: 

Ubah
HaizamOLEK
02072018

Bila penuh poket
itulah paling banyak
rasa orang kaya
buat belanja diri
buat belanja famili
bila kering kocek
ubah jadi miskin
tunggu dapat gaji
sekejap rasa kaya
sekejap ubah miskin.

Bila ada banyak
ikat-ikat berbantal
punggah guna lori
memang kaya hebat
bila habis rampas
simpanan jadi beku
terus ubah miskin.

Bila banyak ilmu
boleh ajar orang
orang jadi pandai
berubah jadi menteri
namun
bila banyak ilmu
tak mahu berubah
hingga ke tua
ditakuk lama.

Bila ada kuasa
ubah jadi kuat
bila turun kuasa
ubah jadi kecut
ubah ke negeri orang
salah tetap salah
ubah masuk penjara.

Kongsi: