Tiga dua satu

22/07/18 | Kita Berbeza

Kongsi: 

Tiga Dua Satu
HaizamOLEK
22072018

Pujuk-pujuk dua
tetap bermatian tiga
habis banyak duit
dua juga betul
sudah terlepas
apa nak kata
punya banyak tanding
satu sahaja dapat
semua takdir belaka.

Sudah berubah dua
duit dah tiada pula
tiga dua satu
satu pun tak mampu dia.

Cerdik tak terikut
tak cerdik ramai ikut
kata ayat suci
ikut penghulu mulia
amalan (bertanding) tak ada.

Tiga entah buta
dua entah sedar
satu entah papa
minta sedekah
sampai bila-bila.
 

Kongsi: