Tak Malu

13/11/18 | Kita Berbeza

Kongsi: 

 

Tak malu
HaizamOLEK
12112018

Normal bangsa 
suci iman
malu perasaan.

Tinggi bergalah
menara kembar 
sepanjang berdayung 
sungai wilayah
malu bertanya
sesat serantau.

Canggih kini
peta “goggle”
bergaya tuan.

Duit sebangsa
agama seagama
berhutang mahu
bayar tak mahu
mana ada perasaan
mana rasa malu.

Di harap pejuang
diikut dek alim
dalam diam mencuri
tertangkap tak mengaku
apa tanda pejuang
apa label alim
tak lihat ada perasaan
tak dengar ada malu.
 

Kongsi: