Sang Pengembala
27/01/20 | Kita Berbeza

Sang Pengembala
HaizamOLEK
27012020
Peliharaan tak jadi-jadi
entah salah padang rumput
entah keturunan tak tolong
entah baka tak baik
runsing-runsing sang pengembala.
Di lurah dipatuh ular-ular
di lereng gelongsor cedera
di bukit rumput terpijat hakis
resah-resah sang pengembala
peliharaan tak jadi-jadi.
Wahai sang pengembala
bukan cari salah siapa
lihat-lihat pada diri
ubah-ubah usaha perbaiki
in sya Allah peliharaan menjadi.
Nun di sebelah sana
pengembala-pengembala khinzir
membiak-biak menjadi
sentiasa mahu berubah
sentiasa memperbaiki diri
kuat-kuat usaha
usah di hasrat dengki.
Wahai sang pengembala
terus-terus lagak juara
tak akan menjadi-jadi
apa-apa peliharaan diri.
bahkan terus-terus dibenci.