Hang Kebun

20/02/20 | Kita Berbeza

Kongsi: 

 

Hang Kebun
HaizamOLEK
20022020

Sejiran setangga
di asing batas-batas
bercucuk bertanam
ikut suka-suka
ikut diri usaha.

Bersih-bersih batas
siram-siram tanaman
dibaja dijaga rutin harian
bertemu sembang-sembang
bahagia setangga sejiran.

Ada kalangan sejiran setangga
tak sudi tak mahu serta
kompelin memanjang
apa kamu tanam ini
kan tanam itu lebih baik
buat apa susah-susah
beli kat pasar lagi senang
sabar sejiran
tabah tetangga.

Bila tanam membuah hasil
tak tanam tak sudi serta
sibuk meminta-minta
dibaca ayat suci
di hujah al hadis
memberi itu baik
sedekah itu mulia
beri hadiah menghapus dosa
nasib-nasib berjiran
karenah-karenah tetangga.

Kongsi: