Berbahasa

01/07/18 | Kita Berbeza

Kongsi: 

Berbahasa
HaizamOLEK
01072018

Cerita
di padang ragut

Padang botak
rumput tiada
pendek cerita
jumpa tuan ternak
mengadu hal
buat apa
pindah mana
mula bila
bagaimana.

Bahasa?
bukan tak biasa
tak pernah
ke kelas pun
macam dulu
macam selalu
gerak-gerak tengkuk
goyang-goyang badan
besar-besar suara
lebihkan sedikit
sebentar sahaja
moh-moh, moh
tuan(-tuan) tetap faham.

Tuah-tuah hilang
sial-sial tiba
tuan ternak
menyuruh ternakan
menjilat padang
botak di bumi.

Kongsi: