Yang Asli

02/03/20 | Coretan Rasa

Kongsi: 

 

Yang Asli
HaizamOLEK
02032020

Lihat-lihat asli
palsu juga ada dicari
boleh layan boleh sukai
asli gang asli
palsu sesama sendiri
tak perlu dimusuhi
buat pilihan sesuka hati.

Ada asli ada palsu
mengapa yang palsu
murah tak mendera saku
nak belanja tapi tak mampu
pakai sekejap sementara begitu
tak ada langsung lagi malu 
nak tutup keaiban laku
berbeza tak ramai tahu
ikut selera sendiri menentu.

Ada palsu ada asli
asli keunggulan diri
harus waspada acap kali
leka sahaja ada orang curi.

Kongsi: