Sederhana

20/01/20 | Coretan Rasa

Kongsi: 

 

Sederhana
HaizamOLEK
16012020

Memberi atau menerima
kebahagiaan dicari-cari
memberi berkongsi nikmat
menerima berkasih bersyukur.

Keinginan tak kenal batas
mahu dan terus mahu
sederhana cara sederhana
melayan diri bahagia.

Kemahuan tak sudah-sudah
usah lupa tersedia ada
bersyukur kecapi nikmat
berkongsi walau sedikit

Tak sudah berebut-rebut
hidup-hidup berjemaah
mesra-mesra keluarga
kongsi-kongsi sesama
ada untuk kita
ada untuk orang lain.

Berbahagia apa dimiliki
pasrah keadaan diri
bersyukur dengan ada
penuhi erti Maha Pencipta.
 

Kongsi: