Sebuah Rumah Rampasan

24/04/20 | Coretan Rasa

Kongsi: 

 

Sebuah Rumah Rampasan
HaizamOLEK
23042020

Sebuah rumah Banglo
pemilik diusir keluar
pemilik baru tak lulus pinjaman
terurus terbiar dipandang.

Didiami tebuk atap
terkandas diperintah kawalan
nikmat terbiar segala kemudahan
kecapi sepanjang-panjang 
tempoh kawalan.

Semusim wabak melanda
didiami tempoh kawalan
ditambah dan diulang tambah
entah kebijaksanaan kawalan
entah nikmat tak cekap kerjakan.

Duduk diam di rumah
berselimut landa wabak
di sebuah rumah rampasan
bertahan perintah kawalan.

Kenyang di rumah rampasan
bantuan dihantar orang
sepanjang tempoh kawalan.

Kongsi: