Perjuangan ini

04/09/18 | Coretan Rasa

Kongsi: 

Perjuangan ini
HaizamOLEK
04092018

Aku turun dari sini
tinggalkan amanah ini
diharap kekal dihargai
terkejut dikhianati diri.

Aku turun dari sini
bertahun-tahun digagahi
doa harapan jelata ratapi
pengkhianat mahu dibasmi.

Aku naik lagi disini
kembali pulih kembali
terkejut parah diabad ini
bermasa panjang tak peduli 
pada Ilahi mohon berkati
sokongan jelata kita berdiri
moga direstui perjuangan ini.
 

Kongsi: