Mudah ABC
08/04/20 | Coretan Rasa

Mudah ABC
HaizamOLEK
08042020
ABC entah pakatan
A kata seru
A duduk rumah
A diam-diam
A dapat bantuan
A mesti patuh segala.
B baik-baik
B bagus kerja
B buat semua janji
B bukan kitab suci
B bagi semua A bahagia
B betul tak betul tetap salah
B buang di khianat C.
C cabut atap
C cergas pintu belakang
C cari-cari dalil
C culas pada kerja
C cuti-cuti sahaja
C cina tak ada?
C cuak biar agama
C cemas sidang dewan
C cabar mana Jumaat
C ceroi dah nampak gaya.
ABC entah siapa.