Kembali ke fikrah

01/10/18 | Coretan Rasa

Kongsi: 

Kembali ke fikrah
HaizamOLEK
01102018

Sang buana
Ciptaan Maha Pencipta
permulaan dan peraturan
perjalanan dan pengertian
gempa dan tsunami
Sulawesi petang Jumaat.

Asal hakiki unsur buana
gegar terpanah ingatan
menderau suci ujian
entah alpa laluan bala
titik kembali bertaubat Ilahi.

Moga
globalisasi muhasabah diri
ukhuwah menghulur sa ada
sampai menyampai berkorban
berpesan nasihat prihatin
ikatan sesama makhluk
ikatan Maha Pencipta
kembali ke fikrah.

Kongsi: