Jumaat Yang Hilang

24/04/20 | Coretan Rasa

Kongsi: 

 

Jumaat Yang Hilang
HaizamOLEK
21042020

Aku rindu Jumaat itu
derita ku tanggung rindu
rindu derita rindu selalu
derita penuh tangisan sedu.

Aku tak kisah apa kau dapat
itu bahagian kamu
aku kisahkan usaha kamu
bagi mendapatkan Jumaat itu
dapat tak dapat kisah lain
tapi usaha kamu mana
aku tidak ada kuasa
engkau ada.

Kalau arak berusaha
dapat 4 atau 5 hari
kenapa Jumaat itu tak usahakan
jumpalah orang atas mohon.

Aku derita dalam rindu
dalam rindu ada derita
dalam derita ada rindu
dalam rindu ada rasa rindu Jumaat
oh Jumaat usah kau hilang lagi.

Kongsi: