Jatuh Kota Bangsa

19/05/20 | Coretan Rasa

Kongsi: 

 

Jatuh Kota Bangsa
HaizamOLEK
11052020

Apa sudah lupa
kejadian berpuak berkaum
ciptaan Maha Pencipta
saling kenal berkenalan
sampai menyampai pesan
berkasih bersayang sesama.

Apa dalam hasrat
kebencian keterlaluan
tebar fitnah melampau
apa dalam hati
di berbeza puak/kaum
kelahi asyik kelahi.

Mana daya saing
mana rasa hormat
mana kerana Allah
mana kata pesan
mana akhlak budi
paparan bukan bijak
kesangsian jujur urus.

Lihat-lihat bukan lalai
sudah tolak spesies ini
tapi bangsa dikhianati
jatuh kota bangsa
ramai masih sabar
Allah bersama orang sabar.

Kongsi: