Tolong Menolong
10/11/18 | Berpesan-pesan

TOLONG MENOLONG
Tolong menolong budaya kita
Benci membenci tak kira sapa
Niat dan tujuan disalah kira
Umat melayu masih merayu
Apa yang penting nawaitu
Syarat penting memulakan sesuatu
Setiap perbuatan dimulakan niat
Mendapat pahala jika dibuat
Tidak bersalah kalau ditinggal
Ayuh bangsa melayu
Majulah maju bangsaku,
Tidak kira di mana engkau berada
Tolong orang jangan sekali berkira
Jangan tolong harap balasan
Kerana Allah itu alasan
Moga pahala dikurnia
Pertolongan ikhlas itu harapan
Moga mendapat syurga atasan
Sedarlah umat melayu
Bangkit melayu bangkit
Islam sebagai pegangan
Tolong tolong tolong
Mendapat pahala dr yg esa
Tidak mampu dibalasnya
Walau dengan apa gantinya
Jujur dan ikhlas itu syaratnya
Jangan cuba mengharap balasannya
Hanya rabb yang mampu membalasnya
Wahai umat melayu
Cuma apa yg diidamkan
Rasa hormat sesama insan
Tidak mengharap balasan
Hanya restu drpd Tuhan
MOHD DZULKIFLI 30/10/18
HOUNSLOW 9.24P.M