Perintah
07/02/20 | Berpesan-pesan

Perintah
HaizamOLEK
06022020
Akhlak mulia
makhluk Ciptaan
Ciptaan Maha Pencipta
taat-taat Perintah
tinggal-tinggal Larangan.
Buat-buat kebajikan
moga dapat ganjaran
fitnah-fitnah orang
dapat perintah mahkamah.
Laksana perintah Tuhan
amalan sangat baik
hina-hina orang
amalan tidak baik
Satu perintah utama
sampai menyampai sesama
berkata-kata hikmah
moga senang didengar
tenang berbual lama.
Kata-kata baik
disambut-sambut mesra
kata-kata menghina
disambut-sambut kebencian
salah mulut badan binasa.
Taat-taat Perintah
buat-buat kerana Dia
baik-baik sesama makhluk
hidup aman sentosa
nikmat dek berbeza-beza.