Mengenal

09/12/09 | Berpesan-pesan

Kongsi: 

Globalisasi generasi Adam
liku-liku  gelora bahagia tenang sementara
roh kekal abadi
dosa pahala neraca mustakim.

Kenal mengenal tikar persada
dimensi  institusi transformasi dirutin
penyayang berilmu bersatu disyarah
mendidik cinta yakin kenal cakerawala.

Togel senyum diagah
menangis minta ibu minta susu
asuh didik rotan berdikari diungkap sanak
panorama insan hormat berguna doa penjaga.

Tak kenal tak cinta ungkapan lama
teman kenalan menyingkap ingatan,
hati  terpaut  makan minum tidur keluar bersama
ibarat aur dengan tebing
bila berjauhan terasa rindunya.

Siapa?
ramai mana?
kenal Maha Pencipta
masyarakat setara jati diri acuan sendiri
jahil mengenal Tuhannya?

Azan lima musala menggoncang aras
menjemput delegasi kariah sujud  rumahNYA
bangkit sang sejadah jemaah yang ramai entah dimana
rehatnya  Jumaat dan pabila raya
keluh bisu;ramai lagi yang belum mengenali Rabbula’lamin
ayuh bangunlah kenalan.

Insan takwa cemerlang mukmin sejagat
kenal sufi mengharap rahmatNya
ummatan washatan wadah khalifah
ALLAH di rindu saat sentiasa
semuanya tidak  terlepas ketentuan Ilahi.
ayuh bangkitlah saudaraku kenalanku
Ingat ingat ingat!

Haizamolek
buat Nurinsyirah
0912019

Kongsi: