Hati

01/11/18 | Berpesan-pesan

Kongsi: 

 

HATI

Riangnya hati tidak terkira,
Bertemu orang yang jauh,
yang selalu bermain di mata,
Dalam suka atau pun duka,
Itulah perasaan drpd hati

Dalam agama juga ada menyebut,
Bila baik daging itu maka baiklah keseluruhannya,
Dan apabila buruk daging itu buruklah sekaliannya,
Daging itulah dinamakan Hati

Hati ini sukar dicari ganti
Hati ini tidak boleh ditukar ganti
Bila hati ini sudah dimiliki
Tiada galang ganti
Tiada ruang diberi
Hanya Allah sebagai pengganti

Kepada semua umat
Kepada semua sahabat
Kepada semua teman
Kepada semua taulan
Jagalah hati orang yang kau sayangi
Jagalah hati orang yang kau benci
Jagalah hati orang disekelilingmu
Kerana daripada mulut turun ke hati
Daripada hati pergi ke jiwa
Di situ bermula sengketa
Syurga Neraka yang membezakan kita

MOHD DZULKIFLI
1/11/2018

Kongsi: