Gergasi

08/02/20 | Berpesan-pesan

Kongsi: 

Gergasi
HaizamOLEK
07022020

Sejak tsunami lalu membadai
sejak gergasi berkecai-kecai
tinggal kelip-kelip hidup lerai
namun harapan gergasi hidup kembali
bolehlah...
entahlah....

Mereka kata bangsa sama bangsa
gergasi jadi kuat gagah perkasa
asing sama asing, asing mereka
bangsa mesti tolong bangsa
bersemangat mereka
macam senang sahaja
atau macam tak boleh reka
bolehlah...
entahlah...

Ramai yang peduli tiada
bangsakah asingkah tak apa
asalkan tak ada durjana
tiada tipu daya
tiada sunglap duit kita
tiada rasuah punya
macam-macamlah
janji baik-baik belaka.

Namun ramai tak faham
faham melihat kebaikan
hanya bijaksana boleh faham
boleh lihat semua
ada yang susah nak jadi bijaksana.

Entah jelma gergasi bijaksana
entah jelma gergasi tak bijaksana.

 

Kongsi: